Tuesday, September 9, 2014

Masjid Zahir Alor Setar

homestay alor setar
Gambar terkini Masjid Zahir

Kedah merupakan salah satu negeri di utara tanah air kita....terkenal dengan jolokan nama negeri jelapang padi...yang pasti di kedah terdapat sebuah masjid yang menjadi salah satu mercu tanda yg diiktiraf sebagai masjid ke-4 tercantik di dunia iaitu Masjid Zahir. Bangganya aku menjadi anak Kedah

Secara ringkasnya, pada 1912 masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman yang merupakan Jurutera Negeri.  Reka bentuk masjid Azizi yang berada di langkat, Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat pada bumbung melambangkan rukun islam.

Tapak masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.

homestay jalan langgar
Pandangan dari sisi Masjid

Pada 15 oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.

Kompleks mahkamah syariah dan pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi sudah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit Kedah.

homestay alor setar
Seni Bina yang sangat halus dan cantik

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu


homestay jitra
Gambar lama Masjid Zahir, masih kekal indah sehingga sekarang
Ok, kalau nak jalan-jalan mai kedah, sudah tentu anda memerlukan tempat penginapan? bagi yang datang berdua, hotel atau motel sudah memadai, tetapi bagi yang datang dengan bilangan yang agak ramai, homestay merupakan pilihan terbaik untuk menginap dengan selesa. Sebagai penyelesaian, aku syorkan anda menginap di zarrahomestay.."nyata selesa" 

homestay alor setar


Anda boleh lawati laman web www.zarrahomestay.com.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan zarrahomestay, selain di alor setar zarrahomestay juga mempunyai cawangan di Jitra, Changlun & Langkawi.

Sila klik untuk mendapat gambaran sebenar berkaitan rangkaian zarrahomestay...


  • zarrahomestay @ alor setar
  • zarrahomestay @ jitra
  • zarrahomestay @ changlun
  • zarrahomestay @ langkawi







  • Thursday, February 20, 2014

    RIM VR 15" (SOLD)


    Rim VR 15"
    PCD 100
    offset +45
    sesuai untuk honda,wira,toyota...
    kondisi rim cun....
    RM SOLD
    rim+nucle+special tool (Ori RAYS)
    berminat call 019 5058884 - azizi