Dayang Maslinie bertukar ke IKBN Miri
Mohd Raoh bertukar ke Pejabat SUK Perlis
Mohd Raoh bertukar ke Pejabat SUK Perlis
Sepanjang aku bekerja dan menguruskan unit aku....kerjasama dan hubungan kekeluargaan merupakan faktor yang amat aku ambil berat...pada aku....apa guna jadi boss kalau orang tak suka pada kita...apa guna jadi boss kalau staf kita mengumpat di belakang kita....apa guna jadi boss kalau staf kita tak ikut arahan kita...apa guna jadi boss kalau kita dok syok sendiri...dan lagi..lagi....
Apabila kita membina suasana kerja yang harmonis dan penuh dengan kemesraan...kita tak dapat lari daripada menerima ketentuan....bahawasanya....akan adanya perpisahan....
sepanjang aku berada di sini....2 kali aku kehilangan staf yang pada aku cukup bagus dalam menunaikan tanggungjawab....dedikasi...kreatif dan yang paling penting mampu memberi kerjasama sebagai sebuah pasukan...
Perasaan-perasaan ini akan aku terus rasai selagi aku berkhidmat dalam perkhidmatan....sekiranya kehilangan seseorang itu memang dinanti-nantikan....syukur alhamdulillah....tapi....itulah kekadang kita terpaksa melepaskan dan merelakan kerana atas dasar serta faktor kemanusiaan....walaupun hati ini berat untuk melepaskan.....yang kita doakan untuk pergi..tak pergi-pergi...juga....
Bukan mudah membina sebuah pasukan yang mampu bekerjasama secara ikhlas.....inilah cabaran....tak perlulah aku meluahkan apa yang aku rasa terhadap kehilangan 2 orang staf yang menyenangkan aku....biarlah bersarang dalam hati aku....yang penting...mereka-mereka ini telah memberi sumbangan yang bermakna dan meninggalkan banyak kenangan.....
Bila kita berada dalam sebuah pasukan...jatuh bangun kita bergantung penuh pada pasukan kita itu....seandainya bodoh tetapi mempunyai keinginan untuk belajar...cabaran untuk membina sebuah pasukan yang mantap..akan lebih mudah direalisasikan....tetapi..sekiranya wujudnya seseorang ahli dalam pasukan yang suka menikam dari belakang...busuk hati...PASTI sukar untuk membina sebuah pasukan yang mantap...kesan dari tikaman dari belakang.... cukup dalam pada yang terkena tikaman....
Hari ini....walaupun aku kehilangan....aku juga menanggung rasa marah...sakit hati...kecewa kepada seseorang yang aku rasa tak sedar diuntung dan tak guna disimpan...sebab tak membawa untung....kadang-kadang aku terfikir kenapa wujudnya manusia yang mempunyai sikap yang macam nie...manis di depan...celaka $#)_+^%%#$^^@! di belakang aku......apa dosa aku....benda-benda macam nie lah yang membuatkan semangat dan kekuatan kita menjadi lemah....aku pasrah dan redha dengan ujian ini...prinsip aku mudah ajer....buat kerja dengan jujur...ikhlas dengan orang...tuhan akan tunjukkan kebenaran.....suatu hari nanti.....
Aku berdoa...semoga tuhan akan terus memberi kekuatan dan inspirasi pada aku....
yup!! kita akan jadi seronok ke pejabat jika bod kita Superb!
ReplyDeletePengalaman saya di tempat lama.. punya ketua yang KO.. memang menjengkelkan. Nama saja ketua bila di tanya tentang masalah yang timbul. Tiada jawapan yang di beri.
Kerjanya sehari-hari hanya duduk di meja dan buat kerja entah apa-apa seperti membetulkan penutup kipas yang senget, mengelap habuk-habuk atas lamari, membuat label fail, memotong-motong kertas terpakai utk di buat buku nota kecil. Percaya tak..? hanya itu yang di ulang!!
ha ha ha ha...
alangkah beruntungnya punyta ketua yang dapat menyelesaikan masalah apabila di rujuk :)
salam
boss u tue tengah cari ilham tue....tue jd macam tue...tp sekurang-kurangnya dia tak menyusahkan hidup u...sebenarnya lebih baik dapat boss mcm tue dari boss yg membebel tak tentu pasal n perasan macam bagus...
ReplyDelete