Thursday, April 7, 2011

Proton Satria Neo Supercharged.


Tahniah...Proton Motorsports, sekali lagi tampil dengan projek terbaru selepas versi Proton R3 Satria Neo berjaya dilancarkan. Sempena Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, satu lagi versi edisi khas Satria Neo R3.....Proton Satria Neo Supercharged.trans (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

Kali nie Satria Neo lebih berkuasa dengan penggunaan unit supercharger di bahagian enjin, kuasa kuda dapat ditingkatkan kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing.

Kalau di ikut dari sumber asal, unit supercharger nie...dibekalkan oleh sebuah syarikat dari Australia bernama Sprintex.....supercharger nie dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda dan tork enjin CamPro, sesuai sangat kalau nak guna pada model Proton macam Proton Exora. Kalau Betoi.....sesaper yang beli Exora dapat la sikit idea nak up power MPV yg kurang power tue....

Tak tau la pulak sama ada edisi ini akan dijual atau hanya sempena Perlumbaan F1 . Sebelum lebih banyak maklumat berkenaan model ini didedahkan secara rasmi atau pun tidak, jom kita tengok Satria Neo inspirasi dari pasukan Lotus Renault GP ini.












Tazkirah Jumaat


Salam semua, Tazkirah untuk kita semua di pagi Jumaat yg mulia ini......

Memahami Keperluan dan Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Al-Quran


Jom pakat2 luangkan sedikit masa untuk memahami....kupasan yg ringkas dan mudah untuk difahami.....

Wednesday, April 6, 2011

Import Alat Ganti Terpakai Diharamkan 1 Jun 2011




Harun betoi....pakat2 baca kat bawah nie....Kerajaan telah mengumumkan yang pengimportan alat ganti terpakai akan di haramkan mulai 1 Jun 2011 secara berperingkat-peringkat bagi melindungi industri tempatan dan memelihara keselamatan pemandu.....cehhhh porrahh...

KUALA LUMPUR 23 Mac – Kerajaan akan mengharamkan pengimportan barangan alat ganti dan komponen kereta terpakai secara berperingkat-peringkat mulai 1 Jun depan bagi melindungi industri tempatan dan memelihara keselamatan pemandu
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria berkata, bagi fasa pertama, empat alat ganti dan komponen import yang dikategorikan paling kritikal menjejaskan industri akan diharamkan.

Katanya, keempat-empat komponen itu adalah pencengkam brek, penggalas brek, tayar dan bateri.

Menurut beliau, pengharaman itu dilaksanakan setelah mengambil kira pandangan industri dan para pengusaha bengkel tempatan.
”Pengharaman ini bagi memastikan kualiti barangan alat ganti dan komponen berada dalam piawaian yang ditetapkan.

”Fasa kedua pengharaman alat ganti dan komponen terpakai itu dalam proses perbincangan dan akan dimaklumkan kemudian,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat bersama pemain industri automotif di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis ialah Presiden Gabungan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM), Lim Wei Fook.

Kerajaan pada 28 Oktober 2009 lalu memutuskan pengharaman pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat melalui penilaian semula Dasar Automotif Kebangsaan (NAP).

Keputusan itu bertujuan memastikan keselamatan jalan raya terjamin selain melindungi pengeluar alat ganti dan komponen terpakai.

Perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun lalu mendapati sebanyak 15 juta kenderaan berada di jalan raya di negara ini melebihi usia 10 tahun.

Ketika ditanya kemungkinan pengharaman itu akan menjejaskan industri pengeluar alat ganti kereta tempatan, Rebecca menjawab, perkara itu tidak berlaku tetapi sebaliknya akan meningkatkan pengeluaran tempatan.

Beliau menambah, jangka hayat minimum alat ganti tempatan antara lima hingga 10 tahun.

Sementara itu, Wei Fook ketika memberikan pandangannya berkata, lebih 5,000 pengendali bengkel di negara ini dijangka terjejas sedikit dalam perniagaan masing-masing berikutan pengharaman itu.

Katanya, pendapatan tahunan kesemua pengendali itu kira-kira RM12 bilion setahun dan ia merupakan penjana pertumbuhan ekonomi yang sangat besar kepada negara.




Rata-ratanya pemilik kereta di Malaysia mempunyai kereta yang berusia 10 tahun ke atas, dan untuk mendapatkan alat ganti baru yang sesuai dan mempunyai harga yang berpatutan, sememangnya susah.Lebih-lebih lagi jikalau kenderaan yang berusia 20 tahun keatas? Mana nak cari yang baru?

Kerajaan meneruskan dasar tanpa melibatkan pandangan orang ramai dalam situasi ini. Hanya menurut pandangan dari pemilik bengkel tempatan. Adakah relevan keputusan tersebut sekiranya hanya mengambil kira pandangan pengusaha bengkel dan industri, yang sudah tentunya orang “business” tanpa melibatkan penggunanya sendiri?

Disini, aku nak tanya, mana kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa komponen alat ganti terpakai membahayakan pemandu. Berapa peratuskah darinya yang menyebabkan kemalangan?Di mana bukti pandangan dan adakah ianya didokumenkan? Adakah ianya benar-benar mengambil pandangan industri dan keselamatan pemandu atau pandangan kroni?

Adakah ianya adil untuk pemilik kereta-kereta lama macam aku dan kita2....?


Tuesday, April 5, 2011

Memasang SunROOF Kereta





Salam semua, sunroof atau bahasa melayu nyer bumbung suria sangat popular dalam dunia modifikasi kereta....tak tau la kat mana yg syoknyer bila ada sunroof nie...ader sunroof kelajuan kereta tak bertambah pun...cuma yg pastinya bila ader sunroof...kereta nampak mantap & bergaya...itu jer...mula2 pasang dulu...rasa syok la sat.....org kedah kata cempeghaa...bawa jer kereta..asyik tengok langit....itu dulu la...sekarang nie aku dah boring.....ramai yg tahu mcm mana kerja2 pemasangan sunroof dilakukan...tp banyak jugak yg kurang belum tahu....sama la dengan aku dulu-dulu...kali nie aku nak berkongsi mcmmana proses penukaran sunroof kereta aku dilakukan.....setahu aku...cara paling glamer utk pasang sunroof...ada dua kaedah....tp ader lagi kaedah lain...cuma yg glamer nie tak salah aku dua di bawah nie la....
  1. Tukar sekeping terus bumbung (mcm yg aku buat kat kereta aku)
  2. Tebuk bumbung sedia ada
Semuanya bergantung pada tuan punya poket dan nasib....tukar sekeping bumbung lebih selamat dan tak banyak masalah kemudian hari......tp kosnyer lebih tinggi dari tebuk bumbung sedia ada...selalunya bila tebuk bumbung nie....lama kelamaan getah pada cermin sunroof akan cepat haus dan kesan simen pada bumbung yg ditebuk akan rosak.....masalah yg selalu sgt dihadapi oleh owner2 yg tebuk bumbung nie bila time hujan lebat.....sunroof bocor....selalunya selepas 5 atau enam bulan masalah bocor nie akan berlaku....tp ada yg ok..tak bocor pun.....apa pun bergantung pada nasib ler.....kalau kereta Malaysia mcm Waja, gen2, satria neo, Exora....setahu aku la.... kalau nak cari bumbung sekeping yg ader sunroof....rasanyer mmg takder la...so kalau terjumpa Waja, Satria Neo, Gen2 ker yg ader sunroof...kompom itu mesti tebuk bumbung...

Ok, aku mula mecari sunroof menerusi internet dan juga window shopping di kedai2 potong area utara.....susah nak jumpa sunroof honda EK nie...ader jer....tak sempat...dah kena rembat......satu hari tue....Adi...kawan yg aku kenal dlm forum honda.....dia call ckp di Penang ader kontena sampai....dlm kontena tue banyak sunroof.....tp sunroof Honda EK cuma ada satu jer...yg lelain tue semuanya honda EG......aku pun seronok la kejap....ingat nak suruh la si Adi nie booking utk aku.....rupernyer semua sunroof tue dah dibooking....org yg booking tue tokey kedai tukar sunroof di butterworth.....namanya Nod.....cehhh...harun betoi.....tp si Adi ni punya baik hati....dia sanggup pigi ke kedai Nod & bincang nak beli sunroof nie....tp si Nod nie tak mau jual melainkan aku pegi pasang kat kedai dia.....

Gila punya hal....aku pun call la si Nod nie & bincang pasal harga......barang tak tengok lagi....tp sebab dah nak jugak sunroof tue... aku bayar 80% dari kos keseluruhan awal seminggu seperti yg di minta oleh si Nod nie....Si Nod nie tak mau simpan kat aku kalau duit tak bayar....sbb ramai org yg bertanya...barang panas nie cepat jer org masuk meminang.....yg best tue....ader sorang mamat nie call mintak beli sunroof tue dari aku....dia nak up lagi RM400......sorry la bai...tak dapek den nak nolong.....







Nie la rupernyer bumbung sunroof Honda EK yg aku beli tue....memang masih hensem






Sesudah subuh.....aku bertolak dari Alor setar menuju ke Butterworth.....penuh semangat bai....sampai tak sempat nak sarapan.....sampai jer kat kedai tue....si Nod nie dah siap menunggu aku......muda lagi mamat nie....rupanya mamat nie org Indon.....mamat nie kawin dengan org kita....dah lebih 12 tahun buat keja nie....dulu dia keja ngan tokey cina di Sg Petani.....la nie dah bukak bengkel sendiri....mcm nie la...baru ada wawasan.....tanpa cakap banyak.....kereta aku dibogelkan........



Cermin depan dan belakang dibuang.....kerja2 pemasangan nie cuma berjalan satu hari jer....start kul 9 pg.....5.30 petang siap......mmg cepat dia buat keje.....tp biasa la bai...bila keja cepat nie.....kehalusan tue tak diambik berat sangat la.....secara keseluruhannya mmg aku kurang berpuas hati la.....tp nak buat macamna.....dah perjanjian mcm tue...mesti pasang kat kedai dia....lepas balik dari kedai nie..keesokkan hari aku pergi chek wiring.....sbb aku tak puas hati dgn cara dia sambungkan wire2 kat dlm dashboard aku tue.....takut bai...kang terbakau kereta.....tak ke padan muka aku....


Nie pekerja si Nod tue....tengah dok proses nak bukak bumbung kereta aku......





Ha..ha...nie la rupernyer kereta aku bila dah takder bumbung.....tak hensem langsung......tp mamat indon nie banyak kali jugak la kena tegur ngan aku.....sbb buat keja kasar2....aku sakit mata bila tengok org buat keja lebih kurang.....punya la tak harap kat depa nie...sampai aku beli makanan pun makan tepi kereta.....kita bayar duit...mestila nak elok...kan..kan...



Nie la rupanya kepingan bumbung aku yg asal.....berkurap blah dalamnyer.....memang patut pun aku tukau sunroof...hi..hi...nie la alasan yg kuat aku bagi kat bapak aku.....sbb bapak aku mmg tak puas hati dengan hobi menghabis duit nie.....apa2 pun hati org tua kena jaga.....Apa pun alasan....bumbung kereta aku nie memang kena tukau.....baru nampak hensem...




Inilah rupanyer bila dah pasang bumbung baru......kat area utara nie selain kedai si Nod nie...ader satu lagi kedai pasang sunroof yg glamer di kulim......tokey dia nama Zamri....pd asalnya aku mmg nak pasang sunroof kat mamat Zamri nie la...tp kat kedai dia sunroof Honda EK pd masa tue takder.....si Zamri nie punya kerja mmg cun....teliti....tak macam si Nod nie.....kalau dekat kedai si Nod nie...sehari dah bleh siap....tp kalau buat di kedai Zamri....3 hari baru siap.....Apa yg sgt aku tak puas hati dgn si Nod nie bila part dia gam bumbung guna silicon....tue pasal si Nod nie bleh buat sehari jer dah siap.....sbb guna silicon...gam silicon nie cepat kering tp tak sesuai utk bumbung...utk cermin ok la...aku ada tanya si Nod nie kenapa dia pakai silicon...tak pakai gam body yg kaler puteh tue...dia ranjau aku....cehh...aku gelak dalam hati jer la...agak2 la nak goreng pun...

Untuk puaskan hati aku....waktu kereta nie aku hantar utk kerja2 mengecat.....aku korek balik semua gam silicon kat atas bumbung dan ganti dengan gam putih yg mmg digunakan utk gam bumbung kenderaan.....gam putih nie lambat kering...paling cepat pun sehari baru kering....tp kompom keter tak bocor sbb dia akan palam segala liang lubang yg ada di atas bumbung.....sbb tue la kedai Zamri Di Kulim tue ambik masa sampai 3 hari berbanding kedai si Nod nie...apa-apa pun kedua-dua depa nie ada kelebihan masing-masing...ikut kita punya citarasa nak pilih yg mana satu...





Nie gambar setelah siap pasang sunroof....jgn lupa lepas siap jer semua keja2 nie...kereta nie kena gi masuk test di Puspakom....surat dari bahagian kawal selia JPJ perlu diperolehi.....lepas test....cop di dalam geran....barulah sunroof nie diperakui sah untuk di congekkan di atas jalan raya.....



Sunroof Visor....salah satu aksesori EK yg susah nak dapat sekarang dan harga tak masuk akal.....dulu aku pakai kejap....lepas tue buang & jual kat hondarian dari Sg Petani....sbb bila pakai benda alah nie.....anak2 tak bleh nak kuarkan kepala kat atas bumbung.....apa guna ada sunroof kalau ronda2 tepi pantai...kepala tak bleh bawa kuar....



Masa nie kereta aku baru kuar kedai cat....bergetah & hensem...




Sekarang....inilah wajah kesayangan hamba....


Sekarang nie...Sunroof Honda EK/EG antara barang yg susah mau dapat dan mempunyai permintaan yg sgt tinggi oleh mamat2 Hondarian.....biasa la bila permintaan tinggi...harga pun dah tak masuk akal.....hari nie rasanya kalau nak cari sunroof jer...1.5K pun blum cukup...blum campur kos pemasangan...Ok tq sbb luangkan masa baca citer pengalaman aku...babai...



Sekiranya membe2 perlukan homestay yang selesa di alor setar call saya 019 505 8884 atau untuk info lanjut boleh lawati www.zarrahomestay.com.my

Monday, April 4, 2011

Video Karnival KKL2


Lama bukan sebarang lama....macam2 bunyi ada.....makin tua makin menjadi.....

Karnival KKL 2


Ehh..ehh...kancil sapa nie...under age lagi nie...Bai...dah sunat ker?

Salam...tahniah pada KKL yg berjaya menganjurkan Karnival KKL 2 yg diadakan di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.....ramai bai....meriah....aku tumpang sekaki jer la....sbb aku punya oldskool tarak siap lagi......masih bertapa....arghhhh tak lama dah kot....ayat sedapkan hati....

Hari Sabtu tue...aku luangkanlah masa sikit pergi ushar2 kereta2 otai2 KKL yg join karnival.....sambil ushar2 tue...aku snap ler beberapa keping gambau buat kenangan & modal nak meniru aper yg patut.......


Bai...ini kaler sama dengan aku punya....tp aku punya masih tarak sihat....kena stroke..masih di IJN....buat Bye-bye Past

Ini otai punya kereta...aku penah jumpa owner dia.....ntah la dia ingat ke tak lagi.....aku beli janggut Volvo kat Pak Uda ler......tp tak pasang2 lagi nie......antara Triple S yg cun di utara...

Kali pertama aku dapat melihat kereta nie.....dulu cat tin...tp la dah cun.....siap ekzos tembak ke langit tue.....bro... ko punya cerita aku baca dari awal.....siap gelak2 keras perut....hebat2...




Nie kereta cap aper nie.....



Ini macam pun ada ka......


Kereta nie bulan lepas jd cover story Majalah Gila Kereta...

Menembak Ke Langit

Enjin apa nie....

Comei la kereta depa.....sabaq3..........tp sampai bila...mangkuk betul la depa nie buat keja.....jiwa aku dah meracau2 nie......

Ini spesis rare......tp dah selalu aku jumpa....sbb anak owner kereta nie student di KMP.....hi..hi..


Bukan sebarang buah kana nie.....

Cantik.....Toyota nie....

Mak aiiihhh...dia punya offset...perghhh...

Antara kambing yg memeriahkan Karnival KKL 2


Cantik sungguh ford nie....

4K Tebaboo....giler kentang betoi ler.....ader brani bai....


Lamda nie ka...hi..hi..hensem aihhh

BMW nie katanya for sale

Cantekk gilos....

Satu2nya WV yg ader pd hari tue....rasanya ler... memang cun kereta brader nie....