Proton Satria Neo Supercharged. | my blog

Thursday, April 7, 2011

Proton Satria Neo Supercharged.


Tahniah...Proton Motorsports, sekali lagi tampil dengan projek terbaru selepas versi Proton R3 Satria Neo berjaya dilancarkan. Sempena Formula 1 yang bakal diadakan di Sepang pada 8-10 April, sebagai penghargaan kepada pasukan Lotus Renault GP yang membawa jenama Group Lotus dan Proton, satu lagi versi edisi khas Satria Neo R3.....Proton Satria Neo Supercharged.trans (Gambar) Proton Satria Neo Supercharged Edisi Penghargaan Lotus Renault

Kali nie Satria Neo lebih berkuasa dengan penggunaan unit supercharger di bahagian enjin, kuasa kuda dapat ditingkatkan kepada angka 175hp dan 200Nm, lebih berkuasa dari versi Satria Neo R3 Lotus Racing.

Kalau di ikut dari sumber asal, unit supercharger nie...dibekalkan oleh sebuah syarikat dari Australia bernama Sprintex.....supercharger nie dikatakan mampu meningkatkan kuasa kuda dan tork enjin CamPro, sesuai sangat kalau nak guna pada model Proton macam Proton Exora. Kalau Betoi.....sesaper yang beli Exora dapat la sikit idea nak up power MPV yg kurang power tue....

Tak tau la pulak sama ada edisi ini akan dijual atau hanya sempena Perlumbaan F1 . Sebelum lebih banyak maklumat berkenaan model ini didedahkan secara rasmi atau pun tidak, jom kita tengok Satria Neo inspirasi dari pasukan Lotus Renault GP ini.












No comments:

Post a Comment