Monday, May 30, 2011
Bila Awek Terkentut....
Wednesday, May 18, 2011
Selamat Hari Guru...
Wednesday, May 11, 2011
Kenangan Dicucuk Telinga - Tribute to My BRO...
Thursday, April 7, 2011
Proton Satria Neo Supercharged.
Tazkirah Jumaat
Salam semua, Tazkirah untuk kita semua di pagi Jumaat yg mulia ini......
Memahami Keperluan dan Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Al-Quran
Wednesday, April 6, 2011
Import Alat Ganti Terpakai Diharamkan 1 Jun 2011
KUALA LUMPUR 23 Mac – Kerajaan akan mengharamkan pengimportan barangan alat ganti dan komponen kereta terpakai secara berperingkat-peringkat mulai 1 Jun depan bagi melindungi industri tempatan dan memelihara keselamatan pemandu
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria berkata, bagi fasa pertama, empat alat ganti dan komponen import yang dikategorikan paling kritikal menjejaskan industri akan diharamkan.
Katanya, keempat-empat komponen itu adalah pencengkam brek, penggalas brek, tayar dan bateri.
”Fasa kedua pengharaman alat ganti dan komponen terpakai itu dalam proses perbincangan dan akan dimaklumkan kemudian,” kata beliau selepas menghadiri mesyuarat bersama pemain industri automotif di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis ialah Presiden Gabungan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM), Lim Wei Fook.
Kerajaan pada 28 Oktober 2009 lalu memutuskan pengharaman pengimportan alat ganti dan komponen terpakai secara berperingkat-peringkat melalui penilaian semula Dasar Automotif Kebangsaan (NAP).
Keputusan itu bertujuan memastikan keselamatan jalan raya terjamin selain melindungi pengeluar alat ganti dan komponen terpakai.
Perangkaan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) pada tahun lalu mendapati sebanyak 15 juta kenderaan berada di jalan raya di negara ini melebihi usia 10 tahun.
Ketika ditanya kemungkinan pengharaman itu akan menjejaskan industri pengeluar alat ganti kereta tempatan, Rebecca menjawab, perkara itu tidak berlaku tetapi sebaliknya akan meningkatkan pengeluaran tempatan.
Beliau menambah, jangka hayat minimum alat ganti tempatan antara lima hingga 10 tahun.
Sementara itu, Wei Fook ketika memberikan pandangannya berkata, lebih 5,000 pengendali bengkel di negara ini dijangka terjejas sedikit dalam perniagaan masing-masing berikutan pengharaman itu.
Katanya, pendapatan tahunan kesemua pengendali itu kira-kira RM12 bilion setahun dan ia merupakan penjana pertumbuhan ekonomi yang sangat besar kepada negara.
Rata-ratanya pemilik kereta di Malaysia mempunyai kereta yang berusia 10 tahun ke atas, dan untuk mendapatkan alat ganti baru yang sesuai dan mempunyai harga yang berpatutan, sememangnya susah.Lebih-lebih lagi jikalau kenderaan yang berusia 20 tahun keatas? Mana nak cari yang baru?
Kerajaan meneruskan dasar tanpa melibatkan pandangan orang ramai dalam situasi ini. Hanya menurut pandangan dari pemilik bengkel tempatan. Adakah relevan keputusan tersebut sekiranya hanya mengambil kira pandangan pengusaha bengkel dan industri, yang sudah tentunya orang “business” tanpa melibatkan penggunanya sendiri?
Disini, aku nak tanya, mana kajian yang dibuat yang mengatakan bahawa komponen alat ganti terpakai membahayakan pemandu. Berapa peratuskah darinya yang menyebabkan kemalangan?Di mana bukti pandangan dan adakah ianya didokumenkan? Adakah ianya benar-benar mengambil pandangan industri dan keselamatan pemandu atau pandangan kroni?
Adakah ianya adil untuk pemilik kereta-kereta lama macam aku dan kita2....?
Tuesday, April 5, 2011
Memasang SunROOF Kereta
- Tukar sekeping terus bumbung (mcm yg aku buat kat kereta aku)
- Tebuk bumbung sedia ada
Nie pekerja si Nod tue....tengah dok proses nak bukak bumbung kereta aku......
Sekiranya membe2 perlukan homestay yang selesa di alor setar call saya 019 505 8884 atau untuk info lanjut boleh lawati www.zarrahomestay.com.my