Motor nie baru dibeli untuk elak Jem di KL
Jam 3 petang 12 Mei 2007 (sabtu)...ketika aku sibuk mengemas rumah kerana 2 minggu lagi akan berlangsungnya majlis bersejarah bagi adik aku....satu panggilan aku terima dari abah...tidak terlintas apa-apa difikiran aku semasa menjawab panggilan tersebut...ohhhh tuhan...hanya engkau saja yang tahu apa perasaan aku pada masa tue....Demi ALLAH.....itulah saat pertama kalinya dalam hidup aku.....diduga dengan berita yang amat memilukan...belum pernah aku merasai perasaan sebegini...
Aku dimaklumkan oleh abah dengan nada yang penuh hiba.... adik aku...yaaa..adik akuuuu....yang bakal menjadi raja sehari 2 minggu lagi...telah pergi buat selama-lamanya meniggalkan sejuta kenangan...kemalangan di lebuhraya Sungai Besi berhampiran dengan tol The Mines...telah meragut nyawanya...sehingga hari ini... kami semua tidak mengetahui punca kemalangan itu berlaku...arwah ditemui mati di tepi jalan setelah motor yang dibawanya terbabas dan merempuh pembahagi jalan....bagaimana ianya terbabas...hanya tuhan yang tahu....
Kemalangan berlaku di Kuala lumpur...urusan untuk membawa balik jenazah pada malam itu juga menjadi sukar kerana birokrasi di Hospital...akhirnya masalah ini dapat diselesaikan setelah adanya campur tangan politik....saat yang sukar untuk aku lalui iaitu semasa menunggu ketibaan jenazah dari Kuala Lumpur....aku tak sekuat dan setabah ibu aku....dari mula ibu aku menerima berita kematian...setitik air matanya tidak jatuh ke pipi.....lebih kurang jam 3.30 pagi....van jenazah sampai dilaman rumah aku....saat itulah....kekuatan aku sungguh teruji....melihatkan jenazah yang terbaring diatas katil yang kami berdua gunakan semasa kami sama-sama membesar....aku tak tahu berapa liter air mata aku mengalir....wajahnya kelihatan jernih...tenang...Apabila tiba waktu subuh....aku bersembahyang berjemaah dengan kedua orang tua aku...ketika bacaan doa diaminkan...itulah saat yang paling sukar....
Sepanjang hayatnya...kami berdua ibarat saudara yang cukup akrab...dari kecil kami membesar bersama..berkongsi minat yang sama dan menghormati antara satu sama lain....waktu kecil kerap kami bergaduh...tetapi bila meningkat dewasa...boleh dikatakan apa saja benda kami kongsi bersama...abah takkan tahu apa yang kami buat...masing-masing pandai cover...
Sehingga ditakdirkan kami merantau di KL pun...kami tinggal bersama...banyak kenangan indah aku dengan arwah...sebelum arwah pergi buat selama-lamanya...kami sempat berjumpa semasa dia balik ke kampung awal Mei 2007...yang peliknya aku sendiri merasakan ada kelainan bila kami keluar berdua...kelainan ini cukup berbeza.....tidak seperti selalu kami keluar...susah nak digambarkan....mungkin ini satu petanda... Tuhan memberi masa untuk aku habiskan bersama dengan arwah...kami habiskan masa dengan berborak..melepak....ronda kedai potong...ronda kedai bundle....dan makan Popea Jamal....malam kami keluar lagi....sampai pukul 2 pagi baru kami balik...happening betul....aku rasa amat bahagia...tak sangka...itu merupakan kepulangan terakhir arwah ke kampung....
Di takdirkan 2 hari sebelum arwah kemalangan...aku perlu menghadirkan diri ke satu mesyuarat di KL...so...hotel aku... seperti biasa di rumah adik aku la...malam tue...arwah beria-ia benar ajak aku tidur dalam bilik dia...sbbnya..dia baru beli set bilik untuk perkahwinan....sayang...tuhan tidak membuka hati aku untuk tidur sebelahnya...jika masa kecil dulu...memang kami akan tidur sekatil....kalau aku tak ada...dia akan rasa sunyi untuk tidur..macam tue jugak la sebaliknya dengan aku...
Hari ini..aku perlu terima kenyataan bahawa tuhan lebih menyayanginya...sejak kejadian itu....aku mengambil masa yang agak panjang untuk memulihkan kembali semangat aku....rasanya hampir 5 bulan baru aku kembali stabil....jika aku tidak ada isteri yang banyak membantu memulihkan semangat aku ini.....mungkin lebih panjang masa yang aku perlukan....banyak bezanya sekiranya kita telah bersedia menerima kematian orang yang kita sayang....berbanding dengan kita tidak bersedia...kematian adik aku ini sungguh mengejutkan, trajis dan menyentap jiwa semua ahli keluarga aku...terutama mak dan ayah aku....sesungguhnya kematian itu pasti....
Tuhan itu maha adil....aku dianugerahkan 2 orang cahayamata lelaki dengan jarak umur hampir sama seperti aku dan arwah....yang pastinya aku akan asuh mereka menjadikan akrab sebagaimana aku dan arwah membesar....
Bila aku melihat telatah anak-anak aku kini...ingatan aku akan melayang mengingatkan kembali kenangan aku dan arwah....kerana kenangan itu akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup aku...kedua-dua anak aku merupakan anugerah dari tuhan yang terus menghidupkan ingatan aku pada arwah.....sampai bila-bila......
Ya ALLAH....sesungguhnya dunia ini adalah pentas...akhirat tempatnya yang sebenar.....al-fatihah....semoga tuhan mencucuri rahmat keatasmu........amin
(Azmani Janan - 29 Jan. 1979 hingga 12 Mei 2007)
No comments:
Post a Comment