Impian Terlaksana | my blog

Monday, March 16, 2009

Impian Terlaksana

My MENTOR


Semasa Tun menjadi PM…pernah 3 kali aku mencuba nasib untuk bergambar dengan beliau…seorang negarawan ulung yang amat aku sanjung…yang pertama ketika Tun mengistiharkan ITM menjadi sebuah universiti…aku cuba nak menghampiri…macam biasa ramai sangat….nak buat macamna takder rezeki…yang kedua ketika perhimpunan Agung UMNO yang terakhir dihadiri oleh Tun…aku cuba lagi…rasanya dah nak hampir boleh…adoiii sakit dada aku sebab disigung oleh bodyguard Tun…sebab apa aku kena sigung?sebabnya aku menghampiri Tun dari sisi belakang…demi keselamatan Tun…takper la takder rezeki…nak buat camner…sabar lagi….


PRU yang ke 12 walaupun Negara dilanda tsunami politik…tetapi impian aku telah terlaksana….kerana kehadiran Tun di Sekolah menengah Air Hitam bagi memberi sokongan kepada anakdanya…aku Berjaya merakamkan gambar bersama negarawan ulung ini…aku memang puas hati…tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata…sebab hari itu merupakan hari yang cukup bertuah dalam hidup aku…bleh la tunjuk kat anak cucu…

No comments:

Post a Comment